Saturday, November 14, 2009

SUKANEKA 4 DESA 1 MALAYSIA

Acara bawa bola ping pong dalam sudu..
Makan biskut tu cepat2...

Chaiyok...chaiyok.


Tiup belon tu bagi pecah..siapa belonnye pecah dulu dia menang..

Tiup lagi....tiup...jangan putus asa..




SUKANEKA 4 DESA 1 MALAYSIA

Cikgu Erwan dan Cikgu awg Idris
MC sukaneka cikgu Erwan dan cikgu Ainnureen...bersama Cikgu Johari (berdiri)

VIP PIBG SK Punang..Encik Awgku Kifni bersama Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Madini dan Cikgu Tuan Haji Bujang..


Sentiasa menunjukkan semangat..



Barisan putera dan puteri SK Punang 2009..




Wednesday, November 4, 2009

PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Projek Pembestarian Sekolah ini dilaksanakan oleh Ustazah Nor Azila Binti Mohd Zin. Ini adalah salah satu projek yang perlu dilaksanakan di sekolah selepas Ustazah Nor Azila menghadiri Kursus KDP 4 Minggu Pembestarian Sekolah di IPGM Kampus Cawangan Sarawak, Miri.
Projek ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada komputer dan menjadikan mereka celik komputer dan IT. Projek ini dilaksanakan selama sebulan selepas pulang dari kursus.
Projek ini telah mendapat kerjasama dari semua warga sekolah. Saya iaitu Ustazah Nor Azila mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang telah memberikan sumbangan dan idea sama ada secara langsung atau tidak.
Alhamdulilah, projek ini telah pun dilaksanakan dengan berjaya. Walaupun tempoh untuk melaksanakan projek ini telah tamat, tetapi usaha untuk membestarikan sekolah masih lagi dijalankan oleh semua guru sehingga objektif tercapai.

PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Bertungkus lumus menyiapkan banner..
Ustazah Nor Azila dan Cikgu Johari memulakan kerja..

Uatazah Nor Azila, Cikgu Ainnureen, Cikgu Idris dan Cikgu Johari..

Bersungguh-sungguh buat kerja..

Banner yang telah siap..




PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Mengajar murid-murid Tahun 2 untuk Program Pembestarian Sekolah oleh Ustazah Nor Azila Binti Mohd Zin.
Satu cabaran yang besar untuk melengkapkan murid tahun 2 supaya celik komputer dan celik IT.


Murid tahun 2 secara berkumpulan menghasilkan projek mereka.


Perbincangan dalam kumpulan.


Berbincang untuk menghasilkan laporan sebelum memindahkan maklumat ke dalam komputer.