Wednesday, November 4, 2009

PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Projek Pembestarian Sekolah ini dilaksanakan oleh Ustazah Nor Azila Binti Mohd Zin. Ini adalah salah satu projek yang perlu dilaksanakan di sekolah selepas Ustazah Nor Azila menghadiri Kursus KDP 4 Minggu Pembestarian Sekolah di IPGM Kampus Cawangan Sarawak, Miri.
Projek ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada komputer dan menjadikan mereka celik komputer dan IT. Projek ini dilaksanakan selama sebulan selepas pulang dari kursus.
Projek ini telah mendapat kerjasama dari semua warga sekolah. Saya iaitu Ustazah Nor Azila mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang telah memberikan sumbangan dan idea sama ada secara langsung atau tidak.
Alhamdulilah, projek ini telah pun dilaksanakan dengan berjaya. Walaupun tempoh untuk melaksanakan projek ini telah tamat, tetapi usaha untuk membestarikan sekolah masih lagi dijalankan oleh semua guru sehingga objektif tercapai.

No comments:

Post a Comment