Saturday, November 14, 2009

SUKANEKA 4 DESA 1 MALAYSIA

Acara bawa bola ping pong dalam sudu..
Makan biskut tu cepat2...

Chaiyok...chaiyok.


Tiup belon tu bagi pecah..siapa belonnye pecah dulu dia menang..

Tiup lagi....tiup...jangan putus asa..




SUKANEKA 4 DESA 1 MALAYSIA

Cikgu Erwan dan Cikgu awg Idris
MC sukaneka cikgu Erwan dan cikgu Ainnureen...bersama Cikgu Johari (berdiri)

VIP PIBG SK Punang..Encik Awgku Kifni bersama Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Madini dan Cikgu Tuan Haji Bujang..


Sentiasa menunjukkan semangat..



Barisan putera dan puteri SK Punang 2009..




Wednesday, November 4, 2009

PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Projek Pembestarian Sekolah ini dilaksanakan oleh Ustazah Nor Azila Binti Mohd Zin. Ini adalah salah satu projek yang perlu dilaksanakan di sekolah selepas Ustazah Nor Azila menghadiri Kursus KDP 4 Minggu Pembestarian Sekolah di IPGM Kampus Cawangan Sarawak, Miri.
Projek ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada komputer dan menjadikan mereka celik komputer dan IT. Projek ini dilaksanakan selama sebulan selepas pulang dari kursus.
Projek ini telah mendapat kerjasama dari semua warga sekolah. Saya iaitu Ustazah Nor Azila mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang telah memberikan sumbangan dan idea sama ada secara langsung atau tidak.
Alhamdulilah, projek ini telah pun dilaksanakan dengan berjaya. Walaupun tempoh untuk melaksanakan projek ini telah tamat, tetapi usaha untuk membestarikan sekolah masih lagi dijalankan oleh semua guru sehingga objektif tercapai.

PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Bertungkus lumus menyiapkan banner..
Ustazah Nor Azila dan Cikgu Johari memulakan kerja..

Uatazah Nor Azila, Cikgu Ainnureen, Cikgu Idris dan Cikgu Johari..

Bersungguh-sungguh buat kerja..

Banner yang telah siap..




PROJEK PEMBESTARIAN SEKOLAH 2009

Mengajar murid-murid Tahun 2 untuk Program Pembestarian Sekolah oleh Ustazah Nor Azila Binti Mohd Zin.
Satu cabaran yang besar untuk melengkapkan murid tahun 2 supaya celik komputer dan celik IT.


Murid tahun 2 secara berkumpulan menghasilkan projek mereka.


Perbincangan dalam kumpulan.


Berbincang untuk menghasilkan laporan sebelum memindahkan maklumat ke dalam komputer.




Monday, August 17, 2009

SEJARAH SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini terletak 12km dari pekan Lawas dan kini boleh dihubungi dengan jalan raya yang berturap. Keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang 4 ekar. Terdapat 2 blok bangunan bilik darjah, 2 bangunan Prasekolah yang memuatkan seramai 196 murid yang terdiri daripada murid prasekolah hingga tahun 6. Sebuah bangunan Pusat Sumber dan Pusat Akses yang dilengkapi dengan 'Universal Service Provider' di bawah Kementerian Tenagan , air dan Komunikasi, Telekom Malaysia Berhad dan Mimos. Selain itu, 2 blok Kuarters kelas VI dan 2 blok berek 4 unit telah dibina di sekolah ini. Kini seramai 18 orang guru termasuk guru j-QAF telah bertugas di sekolah ini termasuk 2 orang Pembantu Pengurusan Murid, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, seorang Pembantu rendah Awam. Sekolah juga dibekalkan 2 orang pengawal keselamatan dan 2 orang pembersih.

SEJARAH SEKOLAH

Mengikut cerita penduduk kampung, sekolah ini dibina atas kerjasama semua penduduk menggunakan atap daun dan berdindingkan papan yang terletak berhampiran masjid lama berhadapan dengan laut sekitar 1940-an. Namun tiada rekod mengenainya. Waktu itu Ketua Kampung ialah Pengiran Matsalleh Bin Pengiran Durahman. Memandangkan sekolah ini dibina atas inisiatif penduduk kampung, kesemua mereka setuju menamakan sekolah ini Sekolah Rendah Kerajaan Punang.
Sekitar tahun 1961 sekolah ini telah diambil alih oleh Lawas District counsil. mulai tahun inilah sekolah ini berada di kedudukan sekarang.

LATAR BELAKANG MASYARAKAT PERSEKITARAN

Murid sekolah ini terdiri dari anak-anak dari Kampung punag, Kampung Punang Jaya, Kampung Sualai dan Kampung Sungai Bangat. Majoritinya adalah beragama Islam. Ibubapa murid sekolah ini ramai yang bergantung dengan hasil laut sebagai punca rezeki mereka sejak turun temurun. Namun kini terdapat sebilangan kecil ibibapa yang bekerja dengan pihak kerajaan dan sektor swasta. Kini terdapat beberapa kawasan yang dijadikan sebagai industri kecil berasaskan hasil laut di Kampung Punang. Mereka menghasilkan ikan TAHAI, CACAP yang telah diproses melalui penyalaian ikan-ikan Tamban. Kerja ini dikendalikan oleh kaum ibu di kampung ini. Tahai dan cacap amat popular di Pekan Lawas dan Limbang yang menjadi pasaran utama produk berkenaan.
Untuk kaun lelaki pula, ramai yang terlibat dengan penternakan ikan dalam sangkar. Ikan yang paling popular diternak adalah ikan siakap dan hasilnya dipasarkan di Lawas, Limbang dan Brunei.
Bahasa utama pertuturan masyarakat di sini adalah Bahasa Melayu brunei.

Friday, August 14, 2009

SELAMAT DATANG


Selamat Datang diucapkan kepada Cik Rohanie Binti German yang baru memulakan tugasnya di sekolah ini pada 03.08.2009 yang lalu sebagai Pembantu Am Pejabat. Semoga dapat memulakan tugas di sekolah ini dengan dedikasi.